Saturday, March 2, 2013

Utusan buat Encik Mimpi .


Kehadapan Encik Mimpi yang ku puja . terima kasih atas segalanya . terima kasih kerana selalu ada untuk memberi aku motivasi dan semangat . *wahh mcm pakar motivasi . saya tak minta banyak dari awak . tolong hadapi ujian ini dgn tenang . tolong lakukan segala cara untuk sembuhkan diri awak . tak semua penyakit itu berakhir dgn kematian . kadangkala Allah hanya ingin menguji kita . jika Dia inginkan kita sembuh , maka sembuhlah kita walau dengan cara apa sekalipun .

Ujian itu umpama ombak ganas yang tidak pernah mungkir untuk menerjahkan kekuatannya pada pantai yang lembut dan tidak berdaya. Namun lebih sulit lagi kedatangan ujian ini dalam bentuk yang sentiasa berubah dan dalam masa yang tidak menentu. Jiwa kita tidak akan tenang sehinggalah kita menerima lumrah kehidupan ini dengan jiwa yang pasrah dan sabar. Namun kepasrahan dan kesabaran itu tidak akan muncul hinggalah kita benar-benar menyandarkan seluruh jiwa dan harapan kita pada Pemilik kehidupan, Pemilik jiwa dan Pemilik alam yang menentukan rintangan dan perjalanan hidup kita segalanya. Kita tidak akan merasakan ketenangan sehinggalah kita benar-benar merasai hakikat kehambaan diri serta kekuasaan .

awak jangan pernah putus asa kerana orang sekeliling awak inginkan kebahagiaan awak . cinta manusia yang datang itu akan pergi bila-bila masa . meskipun dia tinggalkan awak tanpa khabar berita , masih ada setengah manusia yang inginkan awak . cuma awak buta . buta dlm mengenali seseorang . perkenalan pertama belum tentu akan membuat dia akan jatuh hati pada awak selamanya .

keep it up bro . semoga awak akan terus menjadi misteri untuk semua manusia kerdil di dunia ini dan moga awak hadir dalam mimpi para gadis . saya mendoakan awak sentiasa . saya sentiasa ada untuk awak , jangan pernah putus asa . saya tahu awak KUAT . Akhir kata , Saya Sayang awak EM .

No comments:

Post a Comment