Monday, August 18, 2014

Biarkan mereka,sayang.

Bulan demi bulan sudah aku lalui dengan pelbagai aksi. Alhamdulillah. masih diberi peluang untuk menjadi seorang pengharok oksigen tegar.

Assalammualaikum pemanis kata serta permulaan bicara.

sayang, kita ini manusia yang paling hina. siapa kita nak letak hukum atas orang dan apa hak kita?
biar orang buta tuli tuduh kita itu ini. Biarkan mereka sayang. selagi mereka belum puas, biarkan. siapa kita untuk halang setiap gerak bibir mulut orang?

sayang, dalam hubungan apapun perkara yang paling penting adalah percaya perasaan cinta itu datangnya dari Tuhan. letakkan Dia yang pertama. Ganjarannya kita akan terima.

sayang, aku bukan gadis yang suci bak malaikat. aku cuma gadis hina yang mencari hala tuju dan aku gadis yang berdiri di atas paksi sendiri. tunjukkanlah yang kau tabah untuk harungi kata-kata hina dari mereka. tunjukkan sayang.

kata orang, jika kita mahu melihat seseorang, lihatlah kawan-kawannya. Dan pabila aku melihat kawan-kawan kau, aku istighfar. siapa aku untuk menilai kau atas perilaku kawan-kawan kau? setiap manusia itu bezanya ada.

Jika niat kau bersih untuk memperisterikan aku, maka mudah-mudahan dipermudahkan. sayang, bacalah dengan hati yang tenang.

Remaja ini zaman untuk bersuka ria. bebas dari segala benda. tapi satu perkara yang kau perlu fikir. iaitu masa depan. Biar kawan-kawan mahu membonceng perempuan kesana kemari berganti-ganti. Biar mereka setelah kau hilang kata kata untuk menasihati. aku pernah pesan, jika kau mahu rosakkan mana-mana perempuan, maka kau perlu bersedia untuk melihat anak perempuan kau diperlakukan dua kali ganda atas apa yang kau lakukan.

sayang, tabahlah. mereka setiap hari mahu menjatuhkan kau. percaya aku. jika benar apa yang mereka bilang, tinggal lah aku pada bila bila masa yang kau suka. Hinaan orang ke aku takkan pernah berhenti. 

Ingatlah, biarkan mereka. kifarah Allah itu pasti ada. jika aku tidak melakukan hal keji itu, maka apa mereka kata itu celaka belaka. sekali lagi, biarkan mereka. mereka adalah lelaki-lelaki yang rela melihat anak perempuan mereka diratah oleh lelaki lain. Biarkan mereka dengan nafsu serakah. Biarkan mereka menunding jari sehingga lupa cermin diri.

Biarkan.
semoga menjalani hidup dengan tabah,sayang.

No comments:

Post a Comment