Hi, sorry lama juga ni tak update blog. Biasalah kalau dah namanya student ni, busy dia haih lain macam.
so, harini i nak cerita kat korang roadtrip i dengan kawan kawan tempoh hari. Semua tempat-tempat ni dalam Sarawak okay. if ada pembaca blog i ni tertanya-tanya tempat menarik kat Sarawak and here you are. Actually banyak lagi tempat yang menarik tapi i just nak ceritakan tempat yang kitaorang pergi haritu aja. Tempat-tempat menarik yang lain belum terjah lagi. Mungkin nanti insya Allah.
I mulakan cerita dengan pergerakkan kitaorang dari Kota Samarahan.
25 November 2017
5:30 pagi
seawal jam 5:30 pagi kitaorang bangun dan housemate i masakkan bekal kitaorang. hehe mungkin diorang bangun lagi awal dari i kan. Ibu-ibu sangat tau diorang ni. Then after settle masak, siap apa semua around & pagi kitaorang gerak dari Kota Samarahan. kitaorang semua satu kereta 6 orang sahaja. Tempat pertama yang nak dituju of course lah Pasar Serikin. Sebabnya kalau pergi lewat sangat kang panas. Jadi gerak awal senang. Cuaca haritu pun baik Alhamdulillah.
Lebih kurang jam 9 pagi kami selamat sampai Pasar Serikin. Untuk pengetahuan kalian, Pasar Serikin ni sempadan dengan Indonesia. so rata-rata peniaga di Pasar Serikin berasal dari Indonesia. Lebih kurang macam Perlis-Thailand la. Kalau korang pernah pergi Padang Besar,Perlis haa macam tu la sempadan dia. Tapi takda terniat la kitaorang nak teruskan perjalanan ke Indonesia sebab budget lari nanti. hehhe
PASAR SERIKIN
okay, gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar sepanjang kami berada di Pasar Serikin. In case korang nak tahu apa yang ada di Pasar tersebut.
Haa, ada jual kain bercorak batik. kalau korang penggemar kain-kain bercorak macam ni, takperlu ke Indonesia. Boleh juga beli kat Pasar Serikin sampai korang rambang mata.
itulah antara barang-barang yang terdapat di Pasar Serikin. pakaian pun banyak. Penggemar kebaya, telekung, baju kemaja batik dan banyak lagi.
12 tengah hari
GUA ANGIN (WIND CAVE)
Setelah penat kitaorang shopping lebih kurang jam 12 tengah hari kitaorang pun gerak ke next destination iaitu Angin. Dah penat shopping mestilah lapar kan? Nasib baik bawa bekal yang housemate i sediakan tu. Makan aja dalam kereta sementara nak sampai Gua Angin.
Gua Angin merupakan sebuah gua semulajadi yang terletak kira-kira 5km di barat daya pekan Bau bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Pekan Bau pulak terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar Kuching. Dahulunya gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui dalam gua ni.Gua Angin ini mendapat nama tersebut kerana terowong dalam gua tersebut menjadi laluan angin yang sepoi-sepoi bahasa .
Apa yang kami dapat lihat dalam gua tersebut ada bentuk stalagmit dan formasi batu kapur dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam malah ada yang menyerupai seperti buaya. Sorry tak dapat ambil gambar sebab terlalu gelap hihihi
Untuk masuk ke Gua Angin tersebut kami dikenakan charge sebanyak RM1 seorang. murah kan? yaa almaklumlah student, teroka tempat under budget dulu hehe
Tak lama pun kami kat Gua Angin ni sebab sekejap saja dah berjalan dalam gua tu. Destinasi seterusnya mestilah makan!
2:05 petang
SWEE KANG
korang kalau datang Sarawak, wajib jejak kaki ke Swee Kang ni. korang akan dapat rasakan ais kacang yang berbeza dari semenanjung dan rojak buahnya yang sedap.
itu kami order rojak buah, ABC special and white lady. Dalam ABC ada buah buahan dan dalam White lady pun ada mangga. memang sedap dan harga sangat berpatutan. Rojak yang menambah kesedapan tu mungkin ada tambahan sesuatu yang crunchy tapi i pun taktahu apa namanya itu. Yang pasti, sedap!
Tidak ketinggalan juga laksa Sarawak pun ada kat Swee Kang ni. Ada pelbagai lagi jenis makanan.
3:00 petang
Selesai makan, kami gerak ke Masjid India, Kuching untuk solat zohor dan Asar. Selepas solat, kami pergi ke Orchid Park.
ORCHID PARK
Orchid Park ini terletak di Waterfront Sarawak. Korang boleh pilih nak naik boat atau jalan kaki merentasi Golden Bridge yang baru sahaja siap. Kitaorang pilih untuk jalan kaki.
Ni pintu utama Orchid Park. Masuk adalah percuma. korang yang minat bunga,korang akan geram tengok bunga orchid yang cantik cantik.
Disebabkan waktu pun suntuk, kitaorang mula gerak ke seberang. tapi tak jalan kaki dah. hahahha penat tau! kalini, naik boat. Harga nya cuma RM1
Kemudian kami ke Tun Jugah untuk makan malam. Before that, Thanks korang untuk birthday surprise. Appreciate sangat. Plan kitaorang sebenarnya banyak lagi tempat makan yang kitaorang nak terjah tapi masa tak mengizinkan so last tempat ialah ke Tun Jugah then balik ke Waterfront lepas settle solat Maghrib dan Isyak. Waterfront malam minggu memang best. Suasananya meriah. Bandar yang hidup dengan lampu-lampu.
sekitar jam 1 pagi kitaorang sampai rumah di Kota Samarahan. so destinasi yang tak sempat pergi tu maybe next time kot. Terima kasih sudi baca. Ada apa-apa pertanyaan boleh dm di Twitter hehe