Hi, muncul
lagi. Hehehe okay sekarang Tasnim nak ceita pasal Damai Beach. Yela kan, dah
duduk Sarawak ni, apa lagi, terjah jela tempat-tempat menarik. Rugi pula rasa
kalau tak melawat tempat orang ni.
Dari
Samarahan nak ke Santubong lebih kurang 1 jam macam tu lah. Damai Beach ni
berdekatan dengan Culture Village. Selama duduk sini dah dua kali jejak Damai
Beach tapi sekali pun tak berkesempatan nak jejak Culture Village. Maybe next
time laa.
Okay, apa
yang menariknya Damai Beach ni? Haaa, macam pantai pantai lain juga la. Ada
pemandangan pantai, resort, café. Bagi orang yang gemar pantai macam Tasnim,
memang takkisah pantai mana pun. Yang namanya pantai selalu menenangkan.
Ini replika
Burung Kenyalang yang terdapat di Pantai Damai
Burung
Kenyalang ni merupakan burung rasmi negeri Sarawak atau nama saintifiknya
Rhinoceros Hornbill. Negeri Sarawak ini juga turut dikenali sebagai Bumi
Kenyaang (Land Of Hornbill)
Burung
Kenyalang ini melambangkan satu daripada ‘Petara’ (Tuhan) yang paling berkuasa
dalam kaum Dayak, Sengaang Burung yang memainkan peranan penting dalam perayaan
keagamaan Iban terutamanya Hari Gawai Kenyalang.
Kat sini
juga ada Damai Beach Resort. So kalau nak menginap kat sini, boleh lah. Dekat
saja kalau nak pergi Culture Village, just jalan kaki.
Ini skuad
kamekorang yang pergi Damai Beach. Nanti kitakorang datang la sini. Masa
kamekorang pergi, hari dah lewat petang, so sempat juga la tengok sunset
hehehe. Nanti nak pergi Culture Village pula. So, boleh la cerita lagi.
Salam cinta,
T.
No comments:
Post a Comment