Thursday, January 26, 2017

Damai Beach, Santubong



Hi, muncul lagi. Hehehe okay sekarang Tasnim nak ceita pasal Damai Beach. Yela kan, dah duduk Sarawak ni, apa lagi, terjah jela tempat-tempat menarik. Rugi pula rasa kalau tak melawat tempat orang ni.

Dari Samarahan nak ke Santubong lebih kurang 1 jam macam tu lah. Damai Beach ni berdekatan dengan Culture Village. Selama duduk sini dah dua kali jejak Damai Beach tapi sekali pun tak berkesempatan nak jejak Culture Village. Maybe next time laa.

Okay, apa yang menariknya Damai Beach ni? Haaa, macam pantai pantai lain juga la. Ada pemandangan pantai, resort, café. Bagi orang yang gemar pantai macam Tasnim, memang takkisah pantai mana pun. Yang namanya pantai selalu menenangkan. 



Ini replika Burung Kenyalang yang terdapat di Pantai Damai

Burung Kenyalang ni merupakan burung rasmi negeri Sarawak atau nama saintifiknya Rhinoceros Hornbill. Negeri Sarawak ini juga turut dikenali sebagai Bumi Kenyaang (Land Of Hornbill)
Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada ‘Petara’ (Tuhan) yang paling berkuasa dalam kaum Dayak, Sengaang Burung yang memainkan peranan penting dalam perayaan keagamaan Iban terutamanya Hari Gawai Kenyalang.

Kat sini juga ada Damai Beach Resort. So kalau nak menginap kat sini, boleh lah. Dekat saja kalau nak pergi Culture Village, just jalan kaki.



Ini skuad kamekorang yang pergi Damai Beach. Nanti kitakorang datang la sini. Masa kamekorang pergi, hari dah lewat petang, so sempat juga la tengok sunset hehehe. Nanti nak pergi Culture Village pula. So, boleh la cerita lagi.





Salam cinta,
T.



jatuh hati dalam diam


Jatuh cinta itu tak segampang apa yang kita sangka. Mencintai seseorang itu juga tak semanis yang kita rasa. 

Tanpa sadar, aku dalam diam cintai seseorang tanpa sengaja, tanpa aku sendiri duga dan tanpa aku sendiri sangka. Seriously, semua ini secara tiba-tiba. Kata orang, "seseorang yang tiba-tiba datang, akan pergi juga secara tiba-tiba". Tapi ini dah lama datang, cuma aku takpernah sangka, cinta itu pada dia. Ya. Pada dia. Oh Tuhan, perasaan apakah ini. Kenyataan atau cuma mainan? 

Malu. 
Kata orang " kalau tak ucap, akan terlepas" Bagaimana harus ucap, aku tak pernah mencintai orang dalam diam tanpa sedar begini. Sebagai perempuan, mestilah malu, Tapi ada betulnya, kalau tak ucap mungkin akan terlepas. Tapi sedang waktu sekarang aku masih berlawan tarik tali. Tunggu dia ucap kata cinta itu dulu. Perasaan yang sekarang, aku cuba kawal. Cuba jaga supaya ia kekal lama. 



Sebab itu, aku diam-diam kan. Kalau cuma aku beria sedangkan dia cuma anggap aku teman biasa, pasti malu bila sudah canang merata di sosial media. Jadi aku diam. 

Biar, dia cuma jadi lelaki misteri. 

Aku mohon pada Tuhan, semoga ending-nya bahagia (you know what i mean). Cinta itu akan mati jika tak perjuangkan. Kalau kita cuma berserah pada jodoh, jadi apa perjuangan kita terhadap cinta. Tuhan itu akan bagi hasilnya pada setiap usaha.

Tetaplah jadi lelaki misteri aku sampai tiba waktunya.