Wednesday, March 27, 2013

saya minta maaf .


Aku tak sesempurna mana untuk beri kebahagiaan ke sesiapa saja . aku tahu adab , aku tahu berfikir apa yang YA apa yang TIDAK . Dengan siapa aku bersama atau dengan siapa aku berkawan , ITU HAK AKU untuk memilih siapa kekal di hati . Aku tidak membuang sesiapa . semuanya tetap ada di hati . Aku tak minta engkau beri aku BMW , Aku tak minta “KEPANASAN” yang engkau ada . Aku minta engkau memahami . Tak siapa pun yang boleh memaksa hati aku . Harapan yang kau cuba sampaikan tak pernah wujud . walaupun Cuma sekali atau seminit  apatah lagi sesaat . Aku tak perna mengutuskan bahawa kita akan bersama . Untuk ke pertama dan terakhir kalinya aku mahu bilang bahawa aku tak pernah berjanji untuk membina mahligai bersama engkau . Aku harap kau catat terus di minda . Kita boleh berkawan tetapi aku tak minta engkau menjadi lawan . Kita tak setaraf kan ? warna kulitnya berbeza , status diri tak sama meskipun itu bukan alasannya . aku tetap tidak berganjak ke mana mana . keputusan yang aku cuba sampaikan adalah betul .

Aku punya matlamat hidup . Aku punya prinsip . Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam. Aku tak mahu terlalu mengharap kepada nasib . Engkau juga tidak perlu mengharapkan kepada sesuatu yang tidak pasti . kita ada kehidupan sendiri yang mana aku boleh mencapai kebahagiaan aku di sini dan engkau tetap bahagia di sana . Untuk apa sakiti jiwa  gara-gara perempuan seperti aku yang telah memalukan engkau ? Engkau tak pernah kenal bagaimana isi hatinya perempuan . Oleh kerana itulah sukar bagi engkau untuk memahami aku . Jika hal sekecil zarah engkau terasa dimalukan , apatah lagi berjalan , bergurau atau lain lain hal lagi bersama aku . Untuk terus bersama aku tak semudah engkau fikirkan . Aku gadisnya cerewet . Kata orang , engkau lebih layak dpat gadis yang lebih baik dari aku . Buktikan , carilah di mana Dia berada . sesungguhnya aku menanti kebahagiaan engkau .  Tolong lepaskan aku dengan cara terbaik . kita masih boleh berkawan . Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan. Tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan. Aku tahu engkau berhadapan dengan kesedihan tetapi engkau perlu tahu di mana harus mencari kebahagiaan engkau sendiri . Jalani lah kehidupan engkau dengan sebaik baiknya . Jangan sia sia kan ia melainkan kepada apa yang terbaik .

No comments:

Post a Comment