Friday, April 26, 2013

Fraktur Hipetika merebak .

Sebuah pengorbanan , sebuah cabaran , sebuah kesetiaan merupakan perkara perkara yang tidak langsung menyeru ke arah kehidupan yang lebih hebat . kata orang , tidak perlu beria ria mencintai orang yang hatinya belum pasti ke kita . Aku terlalu mencintai orang dan mengharap segunung impian agar terus bersama . kita ukirkan kenangan indah yang tak mungkin dapat kita lupakan . segala manis pahit itu telah lama kita telan . kita masih kuat dan teguh untuk bersatu . Ketika itu , segala halangan kita tempuhi bersama . kita comel . kita manis semanis manisnya .

setiap hari , satu kata kata akan terucap dgn ikhlas membuatkan hubungan kita menjadi lebih erat . aku bahagia pada ketika itu . aku lupakan segalanya agar minda aku tepat pada diri kau . setiap angin kencang , akan mengingatkan aku pd kau . Kerana kau pernah berdoa kpd Yang Esa agar mengirimkan khabar rindu itu pada aku .



saya hadir sebagai sahabat bukan hanya untuk keceriaan . 
saya hadir untuk kongsi perasaan awak dlm apa apa keadaan 
. Takperlu pendam . Apa apa just cerita . selagi mampu , saya tolong .

Itu apa nama nya jika bukan kata-kata . Aku harungi semua ini seorang diri tanpa teman di sisi . Jatuh bangun aku , aku sendiri tanggung . kau tahu bagaimana rasa hati yg tersiksa ni ? pedih , perit seperit-perit nya . Dulu kita  berkongsi perasaan , kini aku saja terlebih perasan . Terlalu berharap cinta dibalas cinta . Aku tak peduli bila ruang harus menyekat cinta . Dan aku mencuba menyeru kepada detik agar menemukan kita ke arah kebahagiaan .

Gusar rasa hati memikirkan betapa cemasnya diri di saat kerinduan yang mendalam .Aku cemas dengan ketiadaan kau . Rindu akan kehadiran kau . Gelisah menanti kedatangan kau . Kita dibina hati untuk saling merasa . Adakah kau rasa apa yang aku rasa ketika ini ? Cemas aku membias curiga . Cemburu aku kian membara . Sedang rindu aku kian berharap , semua itu hanya prasangka . Wahai insan yang aku cinta , bila semua ini akan berakhir dengan kebahagiaan ? Bilakan kau akan rasa apa yang aku rasa kini ? Ketika tanpa kau di sisi , setiap waktu aku berlalu hampa dengan rasa kecewa . Kapan tibanya suatu masa untuk kita bertemu sua ? Aku tersiksa dengan segala tanda Tanya . 



Fraktur Hipetika itu satu penyakit yang berat bagi aku untuk memikul seorang diri tanpa seorang pemberi semangat seperti kau . Kata Dokter Fraktur Hipetika tiada ubat melainkan diri sendiri yang kuat menghadapi serta melawannya . Aku tahu Fraktur Hipetika aku mencapai tahap kritikal . Sudah merebak ke seluruh pelusuk badan tanpa aku sedari . Sakit, Perit, Pedih, Sengsara , itu yang aku rasa sekarang . Aku perlukan semangat , aku perlu kasih sayang , aku perlu kejujuran untuk menyembuhkan penyakit ni . Aku perlu kau Kokky .

Bagi saya kan , awak ni comel , rajin buat kerja , pandai ambik hati , jaga hati . Lelaki mana mana pun boleh jatuh hati dgn cara layanan awak . Tapi kuat merajuk kan . Haha . Takpa . Saya mampu bertahan . Time merajuk tu , memang ego tinggi gila kan . sama jaa if time marah pun . Hahaha . Then sayang agak keras kepala sikit kadang kadang. Takmau dengar ckp. Suka main hujan , minum or makan benda yang awak takboleh . Pastu mata , senyuman awak apa semua boleh buat org lain jatuh hati . Bagi saya , awak jenis jujur kan if apa apa . Awak jenis taksuka tgk org sedih . Awak nak orang Nampak awak happy jaa takda masalah . Senyum jaa memanjang biar pun dkt dalam gelora taksangga . Muah ! Dah la senyum menggoda . Hee . awak tabah kan hadapi apa apa dugaan ? awak seorang wanita yang kuat bagi saya. Awak ajar saya erti kehidupan .

Itu ayat kau . wajar jika kau tahu segalanya tentang aku . 3 tahun itu cukup bermakna bagi aku . Bagi kau aku akan sentiasa senyum biarpun dalam hati bergelora tahap maksimum . Apa kau mampu bayangkan situasi dalam hati jika sampai satu masa ianya membentuk airmata yang mengalir laju di pipi pada setiap masa ? Mesti gelora di hati lebih hebat bukan . Sedangkan kau masih ketawa beriang gembira . Aku seperti mentari yang kekurangan cahaya . Tak mampu menghangatkan meskipun sedikit menerangi . Rasa hati ini umpama aku yang kehilangan separuh nyawa . Aku masih mampu berdiri meski raga terlalu rapuh . Setiap senyum aku terselip segumpal luka .Kehilangan yang teramat perih . pedih , terlalu pedih . perih , teramat perih . Tersiksa batin , Tesiksa hati , tersiksa seluruh jiwa-jiwa aku .

Mungkin aku terlalu bodoh mengerti . Mungkin aku tak sengaja juga menyakiti . Andai aku tahu isi hati kau , Andai kesempatan itu datang lagi kepada aku , akan aku pelihara serapi mungkin . Sekarang aku terpuruk dalam sesalku dan cinta ini jadi sesak dalam dadaku . Aku tahu cinta ini sudah tak laku . Apa terkutuk kah aku kerana mencintai kau sepenuh hati ? Aku menangis kau hanya ketawa . Engkau ketawa aku hanya mampu mendengar . Benar-benar terkutuk aku . kau itu ibarat bintang di langit . aku sentiasa melempari kau agar kau jatuh . Tetapi batu itu akan jatuh lalu memukul aku . Rasanya sakit kan ?

Andai kau talah mencintai orang lain , dan aku masih tersenyum tawar , adakah aku masih akan berkata “aku akan tersenyum melihat kau bahagia ” Apa aku masih mampu berpegang dengan kata kata itu ? Aku sedang menipu . Menipu hati aku . Allah itu adil . Jika kau ditemukan cinta lain , kau akan dapatkannya dan kehilangannya semula kerana aku rasa terkutuk dilakukan sedemikian . kau akan terasa bagaimana gembiranya hati jika terasa sakit dilukai .

Setiap coretan aku , kau akan rasa sia sia jika tidak dibaca dengan hati . Jujur aku sayang kau . Terlalu sayang melebihi kata-kata . kembali kepada aku dan aku akan bahagiakan kau sebaik mungkin . aku harap sebulan pergaduhan kita tak akan berakhir dengan penipuan atau perpisahan . tetapi berakhirnya kita dengan sebuah kebahagian . 


No comments:

Post a Comment