Monday, February 3, 2014

engkau baca engkau tahu.

Salam dari si gadis ceria, tujuan menulis bukan untuk berduka tetapi hanya sekadar bercerita. Hahaha. Lama bebenornyee tinggal zaman blogger. Al-maklumlah, sibuk mengharok hal dunia nyata. Alam maya, tinggal lah seketika. Seorang pergi , sejuta mencari. Engkau seorang pergi dari hidup aku, sahabat jenuh datang mencari. Walaupun sejuta disakiti aku tetap utuh berdiri.

sahabat yang tinggal kini kembali. Yang namanya sahabat, tetap terus bersemadi dalam hati. Seratus dua puluh dua kali bergaduh, tetap berdua  tanpa dipaksa. Terima kasih atas kejujurannya. Dari pertama perkenalan kita, aku dah khabor yang aku ni tak sempurna mana yang perlu engkau sanjung tinggi.

yang namanya sehati sejiwa, tetap bersama. Sepasang Chaa Chee yang akan aku siapkan tak lama lagi. insyaAllah. Sebuah kisah yang dimana persahabatan aku bermula sejak awalnya. Alhamdulillah atas takdir yang Tuhan kurniakan untuk seketul Chaa kepada gadis bernama Chee. Terima kasih Tuhan atas anugerahnya.

keluarga kedua memberi sejuta makna yang takdapat ungkap dengan kata-kata. Keluarga yang sudi menadah telinga mendengar segala cerita berkongsi segala rahsia, itu adalah sebuah keluarga bahagia. Aktiviti KukoqNyok yang meluaskan aku ke dunia penulisan semakin bergiat aktif di Perlis. Datanglah melawat dan bermesra dengan keluarga kami setiap hari sabtu jam 5 petang di Denai Larian Pengkalan Asam,Perlis. Engkorang datang, engkorang rasa.

Aku akan rasa bodoh kalau aku mengaku yang aku tak sayang bekas kekasih. Itu perkara yang bodoh bila aku menipu. Bekas kekasih pernah menjadi sebahagian besar dalam hidup yang mana pernah menakluki hati yang berpenghuni cuma Tuhan dan keluarga dan engkau salah seorangnya. Wahai bekas kekasih hati yang pernah aku sanjung tinggi, terima kasih untuk kebahagiaan yang pernah kita kongsi. Segala cerita yang kita reka bersama. Itu tetap utuh dalam memori dan tersemat di hati paling dalam hingga ke infiniti. Sini aku nak khabor cara-cara menjaga perasaan seseorang yang bernama perempuan. Ayat “isteri orang pun dikebas apatah lagi kekasih orang” itu acap kali keluar dari mulut lelaki celaka. Sayang, kalau hati niat nak ke perempuan lain, balik pada seorang perempuan. Bukan mainkan sejuta perempuan berdasarkan hati fatal yang kau ajarkan. Jadi manusia jangan hanya tahu bermanis muka mengeluarkan kata-kata semanis gula-gula. Tweet engkau tak menunjukkan siapa engkau. Engkau tu Cuma lelaki yang pernah aku sayang dan tetap sayang walaupun digelar bekas kekasih. Jadi lelaki tak seharusnya hanya tahu menyakiti. Cubalah belajar untuk lebih menghargai. Aku tahu bagaimana caranya. Kaki engkau tu jangan selalu sangat pijak kepala aku. Risau juga sejuta perempuan hentam engkau sampai kelam dunia. Tak rasa sengsara ke hidup asyik tahu menyakiti? Setahun lebih engkau tinggal kan aku dalam dunia sepasang kekasih tapi hati aku tetap engkau sakiti. Tak malu ke bro? mana hati nurani? Apa rasa kalau lelaki lain balas perbuatan engkau ke kakak kakak engkau? Kalau suatu hari nanti kakak engkau menangis di bahu engkau kerana disakiti oleh sejuta lelaki, aku mohon engkau lihat itu dalam diri engkau. Engkau itu lelaki yang tak sempurna. Jangan berlagak bodoh jadi lelaki sempurna yang digilai wanita. Sayang, itu perkataan yang selalu aku ungkap berdasarkan perasaan apa yang aku rasa. Buka mata, buka minda. Jangan Cuma ciuman yang engkau pinta. Berhentilah ! berhenti jadi lelaki celaka.


Kalau cakap pasal bekas kekasih. Tak sudah engkorang membaca. Teman, doakan aku ya. Doakan aku cekal dan tabah menghadapi segala perkara. Sampai sini coretan aku. Kalau rajin aku publish lagi. Jaga diri sahabat sejati yang sukar dicari walau ke pelusuk dunia sekalipun. InsyaAllah engkorang boleh dapatkan Infiniti Melankolis tak lama lagi. Kemudian doakan untuk kesempurnaan Sepasang Chaa Chee. 

No comments:

Post a Comment