Friday, June 29, 2012

sayang mau kutuk , sini bicara sama aku :]


Assalammualaikum dan salah sejahtera .

syahira tasnim pembuka bicara . selamat mengUSHA di tulisan maya aku . bersyukur aku buat kalian yang sudi menjenguk halaman aku yang tidak seberapa meriah tetapi manis apabila memandang . tak gitu ? kalau rasa pahit , memang bukan citarasa kalian . bukan ini yang aku maksudkan . ingin ku coretkan inti pati yang sebenar .
Kenapa dahulu tak mcm sekarang dan kenapa sekarang tak macam dulu ? apa jadi dengan sekarang? dulu tak perlu pun jadi mcm ni . kepala semakin semak . jiwa jadi kacau . hati langsung lah tak tenteram . dalam kekeliruan mengahadap situasi , numbe tak dapat dikenal pasti kirimkan sms . apa semua salah aku sebab pernah tinggalkan dia macam tu ? kini dia muncul Cuma satu sebab . minta aku jadi model kat tempat dia kerja . dengan slumber aku cakap aku ada hal walhal aku free hari tu . tapi tak salah jugak aku buat mcm tu sbb aku pun kurang sihat . mana boleh pura pura senyum depan lensa kamera . boleh pulak buat mcm tu ? mmg tak lah . buat apa pun kalau nak hasil yang baik , kena dengan ikhlas . ikhlas jugak aku lepaskan orang yang aku sayang . bersebab juga . tak perlu aku jelaskan . aku dah fikir habis habis semua ni . terserah kalian mahu bilang apa soal aku .  pasti kalian gembira . aku penat dengan semua ni . bukan bererti aku tak boleh terima takdir ni . apa yang aku perlu sekarang kesabaran . apa yang pasti kesabaran aku kini nian terhakis . apa boleh buat ? sorang cuba dihubungi , langsung tidak jawab . lagi sorang juga begitu . abang abang aku , entah ke mana . jadi segan silu aku cari kembali kerana aku tinggalkan mereka sendiri . aku perlu bangkit . tapi bagaimana caranya ? sedangkan batu dihempap ke badan aku . sakit bkn nya badan tapi hati . itu yang buat aku tak pasti . orang lain bermasalah , aku pulak terikut serta . kononnya aku boleh jadi hero untuk selesaikan masalah yang ada . walhal aku sendiri sedang bermasalah . orang caci maki aku . kononnya aku terlalu keji buat mereka . semua salah aku sebab aku berdiam diri tanpa kata . bila fikirkan balik , aku tidak perlu begitu . kenyataannya aku tetap dipersalahkan . jarang ada orang salahkan diri mereka sendiri . kalau aku di keadaan itu , mmg aku tak rajin pun haa nak salahkan diri . tapi itu sifat manusia . apa boleh buat .

boyfriend , kekasih hati , jantung hati , gula hati , king of heart , super hubby , sayang , darling , honey , sweetheart , dll . semua sama saja . dlm hati kita berjuta org boleh dpt tempat . yang beza nya peratus . siapa yang paling tinggi peratus nya , itulah yang selalu bersama dia . Alhamdulillah . mereka masih kekal ada di sini . untuk apa menipu diri . cinta ke orang lain , luah ke orang lain . benci orang lain , caci ke orang lain . marah ke orang lain , orang lain dapat maki free . parah kan mcm tu . sampai bila nak tipu diri ? semua itu tak perlu . kejujuran sangat diperlukan dalam hidup . kita perlu cari kebahagiaan diri kita dan kita ada HAK . take a note yea . HAK !


Back to story , aku di sini anak yang banyak buat dosa . manusia yang tidak sempurna tetapi aku ada hak untuk menyayangi serta disayangi . untuk apa ? ini soal hati juga perasaan . maaf untuk malam itu yang menjadikan otak aku singkat dan cetek . fikir aku , tangisan bayi itu adalah aku semasa selamat dilahirkan di muka bumi ini . Allah SWT ingin tunjukkan gambaran aku ketika itu . ya , salah aku . aku buat mereka khuatir . aku minta maaf dan aku sayang mereka .

ehemm ehemm , sayang . please take care of yourself . kalau awak tak sayang diri awak , sekurang kurang nya fikir orang yang ramai orang sayang awak . saya di sini sentiasa ada untuk awak . salah saya sebab suka menuduh tanpa soal siasat . saya kurang faham kan tentang awak ? awak yang digilai ramai . maaf . saya janji kan saya takkan tinggal awak tanpa sebab . ya , saya memang sayang awak .

kawan kawan , terima kasih kerana kalian selalu ada buat aku . susah senang aku , kalian menahan bahu untuk aku lepaskan segalanya . ada yang sanggup lupakan diri untuk jaga aku semata mata . sanggup caci maki orang untuk terus teman aku . sanggup buat apa saja buat aku . itu sangat aku hargai . sebab kejadian yang buat kalian khuatir , maaf aku hulurkan .

untuk hari hari yang semakkan kepala , permandangan indah dapat menenangkan hati . manusia sentiasa ada masalah . aku mengerti dan aku meminta diberikan kekentalan jiwa serta ketabahan hati dan menerapkan kesabaran dlm diri . terima kasih buat mereka . sekurang kurang nya aku lupa segala masalah buat sementara .





Crew crew yang menjayakan shoot hari itu . mereka superb awesome . punca aku kenal mereka adalah AYIE . punca aku kenal AYIE ialah abg angkat aku . ABG SYARIF . ups , bukan itu ingin aku bahaskan . ADZ , encik photographer gelaran diberi . SELAMAT PENGANTIN BARU buat beliau . semoga happy selalu dan sentiasa Berjaya dlm kerjaya anda . suka saja haa aku nak sakat si ayie nih . bila mau kahwin ? haha . okay * merepek again .




Look ! nice editing . encik photographer bertukar nama kepada encik editor . artwork dia semua GEMPAK habes . kann ? sini nak promote , sesiapa nak kahwin bayar dia untuk jadi photographer kalian . picture confirm gempak . aku appreciate untuk hari aku dan crew crew di atas tersebut . terima kasih berjuta lemon kalian :]

Itu video terima kasih buat shaheizy sam . thank you <3

buat yang tersayang , semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat . bangkit untuk memberi semangat . aku di sisi boleh menjadi tulang belakang buat yang bertakhta * ayat ehemmm .
maaf untuk segalanya . terima kasih kerana membaca :]



No comments:

Post a Comment