Aku perempuan . mereka juga begitu . aku rasa apa mereka rasa tapi belum tentu mereka rasa apa yang aku rasa . maksud , semua boleh diubah ubah . perasaan juga begitu . apa yang kita rasa kini , belum pasti akan kekal selamanya . apa yang akan berlaku , kita sendiri tidak tahu . cakap gampang jadi perempuan . siapa bilang ? tapi sesetengahnya bahagia jadi perempuan . boleh puaskan diri sendiri dengan adanya nama perempuan dalam diri . aku kasihan dengan perempuan . juga diri aku . semua yg dilakukan , tiada siapa bilang benar belaka . kasihan aku dan mereka . sakit ? hanya kita dapat rasa sendiri . perit , kita saja yang menanggung . tiada siapa mengerti setiap apa yang berlaku . aku sedih apabila mereka mainkan perasaan perempuan sedangkan mereka tidak sedar tanpa perempuan , mereka tak lahir ke dunia ini . setengahnya ada yang berkata “ alaa , tanpa lelaki perempuan tiada makna ” . teruskan dengan kata kata kalian . mahu bilang apa tentang perempuan tetapi perempuan itu tetap berharga . semua yang dilakukan oleh perempuan , salah belaka.
lihat situasi yang sering berlaku :
jika diam...dia lemah.
jika lantang...nampak salah.
jika mesra...dia sundal.
berhijab...tak cukup labuh.
tak tutup...lagilah heboh.
setia..dimadu lelaki.
curang...dicanang keji.
terlalu cinta...dimain main kan .
terlalu berjaga...dimarah marah kan.
sering nangis...lelaki rimas selalu.
mata kering tanpa nangis...dipanggil batu.
apabila kahwin..."bila beranak?"
jika tak kahwin...pasti digelak.
berzuriat...xcukup sempurna.
tak berisi...lagi dikata
orang berdosa...yang salah perempuan.
bila pahala...lelaki diagungkan.
buat betul...pelbagai dipersoal.
buat silap...sekampung berbual.
jika lantang...nampak salah.
jika mesra...dia sundal.
berhijab...tak cukup labuh.
tak tutup...lagilah heboh.
setia..dimadu lelaki.
curang...dicanang keji.
terlalu cinta...dimain main kan .
terlalu berjaga...dimarah marah kan.
sering nangis...lelaki rimas selalu.
mata kering tanpa nangis...dipanggil batu.
apabila kahwin..."bila beranak?"
jika tak kahwin...pasti digelak.
berzuriat...xcukup sempurna.
tak berisi...lagi dikata
orang berdosa...yang salah perempuan.
bila pahala...lelaki diagungkan.
buat betul...pelbagai dipersoal.
buat silap...sekampung berbual.
lihat , ini fakta bukan ? salah siapa ? perempuan tetap kurang segala nya . kenapa mereka tidak tahu menilai dan menghargai perempuan ? aku sedih apabila begini jadinya dunia akhir zaman . jika diberi peluang , aku mahu hidup pada zaman 80-an . aku nak jd remaja ketika itu . sekarang , mahu aku berkata , aku mahu zaman remaja aku cepat berakhir . maksud aku , remaja bujang . awak , nikahkan saya ? ohh , itu terlalu awal . nanti , fikir pula aku kerana rindukan zaman remaja yang penuh warna warni seperti pelangi . jadi apa perlu aku buat sekarang ? segalanya tak betul .
perlu kah jadi seorang yang anti lelaki ? kenapa begitu ? dengan siapa mahu aku dapatkan zuriat ? tidak tidak . otak jangan nak singkat . sejahat mereka , mereka tetap diperlukan dalam dunia . kadang kadang aku rasa hendak muntah ke dalam parit parit yang terbesar ke dunia . mereka bijak menasihati perempuan walhal diri mereka juga salah . beri nasihat pada perempuan tapi mereka juga yang menjadikan perempuan begitu
gambarkan ini :
mereka bercerita tentang perempuan yang bergambar tidak sopan walhal diri sendiri ada gambar dengan dengan perempuan dalam kelab .
mereka bercakap pasal perempuan yang hisap rokok itu tidak bagus . sedangkan mereka juga hisap rokok . sama saja kesannya jika manusia hisap benda alah tu . sama sama dapat penyakit .
selalu saja tegaskan tentang perempuan tidak menutup aurat sedangkan diri sendiri gilakan perempuan berkain atas peha .
jadi apa semua itu ? jika diri tidak mahu memperisterikan perempuan begitu , janganlah kau jadikan mereka begitu . tidak salah jika suka perempuan begitu tapi kau perlu bertanggungjawab untuk semuanya . jangan igt segampang itu jadi lelaki .
mereka bercerita tentang perempuan yang bergambar tidak sopan walhal diri sendiri ada gambar dengan dengan perempuan dalam kelab .
mereka bercakap pasal perempuan yang hisap rokok itu tidak bagus . sedangkan mereka juga hisap rokok . sama saja kesannya jika manusia hisap benda alah tu . sama sama dapat penyakit .
selalu saja tegaskan tentang perempuan tidak menutup aurat sedangkan diri sendiri gilakan perempuan berkain atas peha .
jadi apa semua itu ? jika diri tidak mahu memperisterikan perempuan begitu , janganlah kau jadikan mereka begitu . tidak salah jika suka perempuan begitu tapi kau perlu bertanggungjawab untuk semuanya . jangan igt segampang itu jadi lelaki .
jadi bagaimana lagi ? bagaimana hendak jadi perempuan yang diterima lelaki ? aku ingin bertanya kepada lelaki , “ kau mahu perempuan bagaimana ? ” hm , kasihan perempuan . kita yang perlu pilih jalan mana yang kita mahu . jika diikutkan mereka mmg lah begitu . kucing mana yang tidak mahu kan ikan depan mata . anjing mana yang tidak kebulurkan tulang di sebelahnya . aku dah cuba jadi pelbagai jenis perempuan hanya untuk diterima lelaki . tetapi apa untungnya ? hati aku yang mati . jiwa pula terus berlari . di mana mereka yang patut bertanggungjawab ? terus melarikan diri . sudah puas mainkan perasaan ini agaknya . cinta setengah mati , tinggal sesuka hati . bagus lah !
aku penat . sudah berhenti puaskan dunia . mahu saja buat apa yang diri sendiri bahagia . jadi lelaki jangan nak lempar kata kata manis sangat . aku risau digigit semut nanti . tapi itu kira bagus . kalau dapat kencing manis kan lagi bahaya . jadi tepati kata kata kita . kita kan 1 malaysia . janji ditepati J
No comments:
Post a Comment