Hi everyone.
Ya Tuhan lama betul seorang Tasnim menyepi. Bukan tak rindu dunia blog, RINDU
GILA! Tapi itulah, sibuk mengejar reality sehingga terabai alam maya. Btw, apa
khabar rakan-rakan alam maya sekalian? Moga sentiasa sihat hendaknya.
Fuhh. Look at
the title. Harini Tasnim nak story sikit kat engkorang yang rajin membaca ni
pasal UiTM Samarahan, Sarawak. Harini genaplah 3 bulan 1 minggu Tasnim stay kat
Sarawak ni. I tak menangis hokeyh! Korang jangan pandai pandai kacau! *gurau.
Okay back
to topic, masa Tasnim dapat ja tawaran takda happy sangat sebab course yg
Tasnim nak sangat sangat, tak dapat. Kononnya cita-cita nak jadi kaunselor. Tuptup
nahh course Office System Management. Its okay lah. Alhamdulillah bersyukur
dapat juga sambung belajar. Ini kalau dapat course art ke teater ke fuhh lagi
heaven. K k bersyukur ni bersukur.
So, 19
september 2016 tu tarikh daftar, 16 september dah bertolak ke Penang. Naik
flight kat Airport Penang. Iyalah, Perlis mana ada airport. Paling dekat pun
Alor Setar. Itu pun takda direct ke Kuching. So gerak la ke Penang. Keesokkan pagi
tu after Subuh dah gerak gi airport. Ticket booked last minute ni korang tahu
tahu jela. Mahal, sorang RM400. So yang pergi hantar Tasnim cuma ma and cousin
ja. Abah tak ikut.
Ha, before
that nak cerita macam mana reaksi ma abah along masa dapat UiTM samarahan ni.
Abah punya la bebai (merajuk) anak dia nak pergi jauh. Yela babe, dari kecik
sampai ke tingkatan 6, pergi sekolah abah hantar. Tak pernah berenggang. Kononnya
dulu after SPM abah suruh masuk Tingkatan 6 je sebabnya dia taknak anak dia
pergi jauh. Okay, turutkan jelah sbb itu yang dia nak. Ada lesen tapi abah
still nak hantar. Katanya “nanti dah bawa kereta, abah takleh hantar lagi dah”
k sedih la kejap. Kali ni lagi power, memang betul-betul jauh. Dari Perlis ke
Sarawak. Mana tak jauh nya. Abah punya reaction, he said NO. ma pulak keep
asking me nak pergi or tak. Along pulak em sama ja tak bagi pi. Bukan apa, tak
berani nak tolak takut after this tak dapat. At last, pergi juga. Abah tak
bercakap beb. Dia punya risau anak perempuan dia kena pergi jauh and dia takda
teman borak. Tapi belajar punya pasal, at last dia redho.
Then sampai
ja Sarawak, dah bersyukur sampai juga sini for the first time. Kalau tak sebab
belajar ni, tak sampai la sini. Tak sah la kalau datang Sarawak tak pergi
Waterfront. HAHAHAHA then kitaoang stay kat Arif Hotel betul betul dekat
Kuching. And tak jauh dari Waterfront.
Tadaa! Gambar I kat Waterfront. Saja tengok
view sikit
Haa, ini aiskrim yang wajib makan kat Sarawak. Inilah
aiskrim gula apong. Atas dia ada serbuk oreo, kalau awak yang ada diabetis tu,
better tengok jela dari jauh k.hehhe
So, ini hari last dengan ma sebab esok dah nak
masuk U uhukuhuk.
Sebelum balik semenanjung, memang ini lah
ole-ole wajib yang perlu bawa balik. Kek lapis Sarawak. So, ma borong la kek ni
nak bawak balik sana.
Sebelum datang
Sarawak memang mentality tu dah bayang dalam hutan kiri kanan hutan ada sungai
ada buaya. Cait! Menipu semua tu. Masa dapat surat tawaran tu, fakulti kat
Kampus 2. Sampai ja sini, kediaman untuk pelajar Degree kat Kampus 1. Masa tu
otak dah kemain negative dah. Iyala, ingat stay kat Kampus 2, Kampus 2 tu dah
lah cantik, baru. Haihh. Its okay la. Lepas daftar apa semua, dapat tahu kelas
haritu cancel. So okay, boleh terus daftar kolej. Bergerak lah ke Kampus 1. Masa
ni mana ada kawan lagi. Ah pandai pandai la hidup.
Then,
sampai ja bilik, ada sorang akak tu. Kiranya bilik ni 4 orang tapi yang ada Cuma
Kak Bella sorang. Sembang punya sembang and yes dia orang semenanjung and orang
Penang. Lega la sikit. Dapat roommate orang Sarawak memang mendapat la dengan
tak faham apa diorang cakap.
So, esok tu dah start kelas. Nah la Tasnim
belanja sikit gambar Kampus Samarahan 2.
Haa cantik kan? Lagi satu, tempat ni bukan
dalam hutan k. buang fikiran negative yang belajar kat Sarawak ni duduk dalam
hutan pergi kelas naik sampan. Itu tempat pedalaman.bukan kawasan Samarahan.
Samaahan dah maju sekarang. Tak jauh dari UiTM ni ada Summer Mall, so boleh la
shopping and tengok wayang. Ada juga uptown setiap hari jumaat dan sabtu. Kemudahan
semua ada. Dobi ada bank islam ada. Sama lah juga if korang dapat Unimas.
Unimas dengan Uitm dekat ja. Tak jauh pun.
Kepada adik adik yang dapat belajar kat
Sarawak, datang la. Seronok sebenarnya belajar kat tempat orang. Kita belajar
cara diorang. Bila lagi nak datang sini kalau tak sebab belajar. Okay, bye
kalian. Tunggu untuk next entry.
No comments:
Post a Comment